Friday 30 May 2014

Set berpantang shaklee

AMALAN BERPANTANG SELEPAS BERSALIN

Amalan berpantang selepas bersalin memang ada pelbagai jenis dan cara. Bagi mereka yang mempunyai ibu, mak yang memang mengamalkan berpantang secara ketat..

Apakah maksud berpantang

Pada tempoh masa ini, si ibu akan dirawat secara berstruktur dari segi kesihatan, kebersihan diri dan pemakanan yang terkawal. Definisi ‘berpantang’ bermaksud si ibu melalui tempoh pengasingan daripada mengambil apa-apa yang boleh memudaratkan diri melainkan hanya beberapa bahan atau makanan yang perlu diambil.

APA Kepentingan Berpantang Selepas Melahirkan??

1. Memberi masa kepada ibu untuk pulih dalaman dan baikpulih tubuh badan.
2. Dari segi pemakanan : si ibu akan mendapat khasiat dan nutrien yang diperlukan untuk mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuh badan. Selain daripada itu, pemilihan makanan juga dititikberatkan untuk mengelakkan si ibu mendapat masalah kesihatan.
3. Menenangkan fikiran dan emosi ibu setelah tempoh bersabung nyawa melahirkan anak. Inilah masa untuk berehat dan memberikan sepenuh tumpuan untuk diri sendiri dan anak yang baru dilahirkan.
4. Membiasakan si ibu dengan bayi yang baru dilahirkan apabila menyusu (mother bonding)
5. Memulihkan luka
6. Membetulkan segala urat yang tegang semasa melahirkan.

Bagi sesetengah kaum ibu yang masih mengamalkan amalan berpantang tetapi mahu ubat-ubatan yang moden juga boleh..sesetengah ibu tidak gemar bau herba mahupun jamu. ada juga yang risau jika jamu membuatkan bayi yang menyusu terasa 'panas' sekaligus bahaya bagi bayi kuning @ jaundise.

Shaklee ada menawarkan SET BERPANTANG MODEN yang boleh digunakan oleh semua ibu yang berslin normal atau ceaserian. Walaupun anak jaundise masih boleh amalkan set ini.

                                                       



Ini adalah SET BERSALIN SHAKLEE

Terdiri daripada:

✿ B Complex
✓ Membantu menstabilkan hormon badan kita . Ia penting untuk elak kemurungan (meroyan, dll)
✓ Lengkap dengan 8 kumpulan vit b termasuk asid folik dan biotin✓ Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
✓ Menukarkan makanan kpd tenaga.

✿ Vitamin C
 ✓ Meningkatkan antibodi secara konsisten dan penting untuk pembentukan kolagen
✓ Mempercepatkan penyembuhan luka, memperbaiki tisu sel yang rosak akibat bersalin.

✿ Vita-Lea Iron Formula (a.k.a multivitamin)
 ✓ Sangat penting untuk memulihkan tenaga ibu dan pembentukan sel darah merah yang baru mengantikan yang telah hilang semasa bersalin.
✓ Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
✓Juga baik untuk kesihatan secara keseluruhan.

✿ Zinc 
✓ Penting untuk membantu mempercepatkan proses baik pulih luka, terutama luka di dalam (untuk rahim) ,
✓ Ia juga membantu mengatasi masalah keguguran rambut selepas bersalin.
✓ Membantu masalah "kedinginan" di dalam pantang.

✿ ESP (Soy Protein) 
✓ Membekalkan tenaga
✓ Memekatkan dan melancarkan penghasilan susu.
✓ Mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol.
✓ Menghilangkan parut
✓ Memberi rasa kenyang berpanjangan 

✿ Ostematrix (Pil Kalsium)
✓ Mengelakkan sembelit
✓ Membekalkan sumber kalsium yang cukup
✓ Melegakan sakit kepala

Pilihan ditangan anda.....mahu TRADISIONAL (berbau herba, pahit, panas, baby jaundise kena stop) atau MODEN yang sudah tentu anda memang dapat zat dan vitamin yang cukup..baby jaundise pon boleh amik...susu pekat..luka cepat sembuh..parut hilang...!! hmmm.....

Apa lagi.........

Dapatkan konsultasi percuma dari ira...

Hubungi

Sms/wasap : 0139099354
Email: syahirahzaid@gmail.com

Tuesday 27 May 2014

Basic H Organic Super Cleaning Concentrate

Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate




Tidak bertosik, Membersih secara Semulajadi
Basic H²™ Organic Super Cleaning Concentrate yang dua kali ganda lebih pekat ini memberi kuasa pembersihan yang lebih selamat dan berkesan sesuai digunakan bagi menangani seribu macam jenis kotoran rumah yang boleh digunakan pada bila-bila masa. Sebagai contohnya, bagi membersihkan kesan susu tertumpah di baju, bangkai serangga yang  terlekat pada tingkap dan sos yang tertumpah di lantai. Itu hanya tiga daripadanya, masih terdapat 997 cara penggunaan yang lain.
Sesuai untuk membersihkan seribu macam jenis kotoran di rumah
  • Kepekatan berganda di mana 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air mampu memberi kuasa pembersihan yang hebat dan berkesan
  • Pencuci serbaguna yang berkesan untuk menanggalkan kotoran dan minyak pada sebarang permukaan yang boleh dicuci tidak kira di dalam atau di luar rumah
  • Dapat menanggalkan kotoran berminyak yang paling degil tanpa meninggalkan sebarang kesan minyak
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H² dan hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
  • Tidak perlu dibilas dan tidak menin
Sesuai untuk sebarang permukaan yang boleh dicuci sama ada di dalam atau di luar rumah:
  • Dinding
  • Permukaan dapur, jubin dan lantai
  • Peralatan
  • Periuk, besen, pinggan dan mangkuk
  • Tingkap dan cermin
  • Perkakas
  • Benda-benda diperbuat daripada kayu
  • Perabot (Sila pastikan anda tidak menggunakannya bagi membersihkan akuarium atau bekas cecair pencuci cermin)
Tahukah Anda?
Kebanyakan bahan pencuci serbaguna mengandungi toksin yang boleh meresap ke dalam badan melalui kulit atau sistem pernafasan. Bahan pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon. Bahan pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan sejenis neurotoksin dan bahan yang merengsakan hidung. Morfolin merupakan bahan toksin yang boleh merosakkan hati dan ginjal. Ammonia yang terkandung dalam bahan pencuci kaca merupakan sejenis bahan racun yang merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.

Pekatan Pencuci Super Organik BASIC H² tidak mengandungi bahan-bahan di atas mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain.

Cara penggunaan untuk kesan lebih memuaskan 

Dapur, perkakas dapur, perabot, benda-benda yang diperbuat daripada kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
Campurkan ¼ sudu teh dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

Periuk, besen dan pinggan mangkuk
Campurkan ½ sudu teh dengan 1 gelen air

Tingkap dan cerminCampurkan 1-2 titik dengan 16 auns air ke dalam penyembur Get Clean

LantaiCampurkan 1 sudu teh dengan 1 gelen air
Kain benang biri-biri, nilon dan fabrik berkualiti tinggi

Campurkan ½ sudu teh dengan sebesen air suam

Perbezaan Shaklee 

Selamat
  • Tidak bertoksik
  • Tanpa gas beracun
  • Tanpa bahan kimia berbahaya
  • Tanpa bahan pewangi
  • Lembut pada tangan
  • pH seimbang
  • Tanpa klorin
Berkesan
  • Berkesan untuk menanggalkan kotoran berminyak
  • Kepekatan berganda – 16 auns boleh dicairkan dengan 48 gelen air
  • Dua kali ganda lebih pekat daripada rumusan asal Basic H di mana hanya separuh diperlukan untuk muatan yang sama
Mesra Alam
  • Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
  • Biorosot
  • Tanpa fosfat
  • Bungkusan yang boleh kitar semula
  • Tanpa bahan pewarna
  • Selamat untuk sistem septik dan pembentungan
Berminat....boley hubungi ira

Sms/wasap : 0139099354

Sunday 25 May 2014

Apa itu detox

DETOX

Detox atau detoksifikasi adalah merupakan suatu proses pembersihan dari segala macam kotoran dan racun-racun yang secara tidak sengaja atau tanpa kita sedar telah masuk di dalam badan kita dalam jangka masa yang lama.

Detox merupakan proses penyingkiran bahan toksik atau buangan dari tubuh badan manusia. Badan manusia mempunyai sistem detox sendiri iaitu hati, usus dan ginjal. Apabila kita berpuasa, badan akan melakukan proses detox semulajadi.

Detox dilakukan untuk memastikan sistem penghadaman usus bekerja dengan sepatutnya dan memastikan kulit bersih serta segar. Selain itu ia juga turut memastikan sistem buah pinggang kita berjalan dengan lancar.

Berikut adalah sumber sayur dan buah yang penting untuk proses detox:
Sayur ~ Celery, kobis ungu, brokoli, salad, tomato, lobak
Buah ~ Epal hijau, nenas, pear dan lemon/oren

Bagi anda yang berminat untuk melakukan diet detox ini adalah penting untuk memakan buah-buahan dan sayur-sayuran. Anda juga perlu memperbanyakkan pengambilan daripada prosuk bijirin seperti seperti fosforus dan laksatif di samping memperbanyakkan memakan kobis, brokoli dan sayuran yang banyak unsur sulfur yang baik untuk hati.

Toksin

Apa itu Toksin?

Toksin adalah bahan buangan beracun dalam tubuh kita. Adalah mustahil bagi anda untuk mengelakkan daripaa toksin kerana ia berada di mana-mana sahaja samaada dalam udara yang kita sedut, makanan dan minuman yang kita ambil. Anda juga terdedah kepada toksin dalaman, sisa metabolik yang dihasilkan dalam badan disebabkan oleh tekanan hidup dan cara pemakanan yang tidak seimbang.

Tanda-tanda toksin berlebihan dalam badan


  1. Sering letih, kurang bertenaga, sakit kepala, mulit berbau, badan berbau
  2. Insomnia (masalah tidur), mata gelap, mata merah
  3. Daya ingatan dan tumpuan yang lemah dan rasa cemas
  4. Alahan, masalah sinus, sistem imun yang lemah
  5. Masalah sistem pencernaan seperti sembelit dan kembung perut
  6. Masalah sendi 
  7. Masalah kulit
  8. Selulit, kenaikan berat badan 


Bagi anda yang nak menurunkan berat badan, adalah lebih baik anda melalui proses detox dahulu bagi mengeluarkan segala toksin di dalam badan bagi memudahkan penyerapan vitamin lain.



Adalah dicadangkan untuk anda mengambil Herb-Lax dan Alfalfa yang baik untuk penghadaman. Bila segala toksin di dalam badan telah dikeluarkan, anda boleh mengambil produk-produk bagi menurunkan berat badan seperti Lecithin dan OmegaGuard yang berfungsi untuk membakar lemak.



Atau dapatkan set diet shaklee yg sihat......pastikan banyak minum air masak dan lakukan exercise......konsep diet shaklee...DETOX + BAKAR +BINA




Berminat?
Dapatkan konsultasi secara percuma dan guide pengambilan yang betul
Hubungi
Sms/wasap : 0139099354
Email : syahirahzaid@gmail.com

Wednesday 21 May 2014

Manfaat esp

33 MANFAAT ESP YANG PERLU TAHU




ESP Shaklee ni produk paling best sebab ia memberi banyak manfaat. ESP adalah protein bukan-GMO (non-genetically modified organism) yang lengkap dengan semua asid amino perlu. Asid amino perlu di ambil dari pelbagai sumber makanan. Yang bestnya ESP ni didatangkan dengan kesemua jenis asid amino yang diperlukan untuk sintesis / proses protein supaya dapat digunakan tubuh.
Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.
Shaklee ESP: 

  • Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
  • Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
  • Mengandungi lima vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones. Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.
  • Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.
25 PERATUS daripada tubuh badan manusia dibina daripada protein. Contohnya seperti kuku, kulit, otot-otot sebenarnya berasal daripada protein. Percaya atau tidak, itulah kenyataannya.

Ringkasannya, struktur dalam tubuh badan manusia dibina daripada susunan berikut:
SEL ——> TISU ——–> ORGAN ———> SISTEM

Struktur badan kita terdiri daripada sel. Kemudian, sel-sel ini akan membentuk tisu-tisu. Seterusnya, tisu-tisu akan membentuk organ dan akhir sekali, organ-organ ini akan membentuk sistem.  Oleh sebab itu, badan kita sangat memerlukan protein.

Ingin tahu mengapa? Sebabnya protein adalah makanan utama bagi  sel tubuh manusia. Sel-sel yang sihat akan dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat dan cergas.
Setiap hari, anda akan makan lauk-lauk yang mengandungi sumber protein bukan? Seperti ayam, daging, telur, ikan, kekacang dan banyak lagi.

Tahukah anda yang sebenarnya protein ini sangat mudah termusnah apabila dikenakan suhu tinggi? Contohnya anda goreng ikan. Berapa banyak protein yang tinggal? Anda tak tahu kan? Jadi, apa kata anda ambil ESP sebagai sumber protein yang lebih berkualiti. Oh! Semestinya ESP mematuhi kriteria pemilihan soya yang selamat. Paling penting, ESP sentiasa selamat, sentiasa berkesan dan sentiasa mesra alam. 

Ramai yang telah merasa kebaikan dan betapa bagusnya ESP selepas mengambil secara konsisten selama 3 hingga 4 minggu. Ada yang kata, kulit makin licinlah, kulit makin lembut, parut jerawat makin pudar, rambut dah kurang gugur, susu makin banyak, suami makin sayang dan macam-macam lagi!


33 manfaat yang boleh diperoleh dalam 1 canister ESP 

1- Cerahkan kulit 
2- Hilangkan jeragat 
3- Membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus-mulus, gebu
4- Bantu mempercepatkan penyembuhan luka 
5- Memberi rasa kenyang bagi individu yang dalam proses mengurangkan berat badan
6- Anjalkan payudara 
7- Anjalkan punggung 
8- Atasi gastrik dan pedih ulu hati
9- Mengatasi lesu 
10- Merendahkan bacaan diabetis dengan menstabilkan paras glukosa
11- Menyihatkan rambut dan mengatasi keguguran
12- Mencantikkan kuku 
13- Menghaluskan tumit pecah 
14- Membekalkan tenaga berterusan yang bertahan selama beberapa jam contohnya ketika berpuasa
15- Meningkatkan kualiti susu ibu - lebih berkualiti makanan, lebih berkualiti susu
16- Meningkatkan pengeluaran susu - protein salah satu bahan mentah menghasilkan susu
17- Pengganti sarapan dan supper
18- Dilengkapi dengan mineral kalsium untuk elakkan kerapuhan tulang kerana serbuk soya yang bersifat keasidan.
19- Meransang regenerasi sel kulit dan otot, mengurangkan kedutan
20- Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
21- Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral
22- Protein yang lengkap (mengandungi 9 asid amino yang penting untuk fungsi badan)
23- Rendah lemak, tanpa kolestrol
24- Membantu mengurangkan risiko kanser,
25- Bertindak sebagai antioksidan,
26- Menguatkan sistem imun tubuh,
27- Mempertingkatkan tahap kolestol baik,
28- Memelihara kesihatan jantung
29- Membaiki memori – meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan
30- Baik untuk hormon – kacang soya kaya dgn isoflavones.
31- Membantu merendahkan paras kolestrol,
32- Mencegah osteoporosis
33- Membantu pembentukan sel-sel baru.

Rugi kalau tak cuba. Sebab yang dah cuba memang akan repeat order. Percayalah cakap Kak Ton..hihihi. Satu canister boleh bertahan sebulan setengah hingga 2 bulan. Saya bagi 20 resepi bancuhan yang lazat-lazat. Rasa macam tak sabar je nak lihat hasilnya kan..dah guna baru tahu tau..jom PM saya tanya harga........

Sebarang pertanyaan,pesanan boley hubungi saya :
Sms /wasap : 013-9099354

Dapatkan....

》》 konsultasi free dari saya....
》》 cara pengambilan yang betul.....

Mealshakes untuk orang dewasa

MEALSHAKES UNTUK ORANG DEWASA

 

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Mealshake, what is it you may ask?. Saya dulu pun tak berapa familiar dengan mealshake ni, sebabnye, saya jatuh cinta dengan Shaklee ni sebab saya jatuh cinta dengan gla complex ( ambil sebab sengugut kuat....sekrg bye sengugut....)  vitamin c dan vitamin e, lepas tu lecithin dan herbalax ,lepas tu ESP and the list continues...hehehe..

Jadi apehalnye dengan mealshake ni pulak??
haa..ini adalah misconception saya terhadap mealshakes ni..:P

  1. orang yang nak kuruskan badan tak perlu ambil mealshake- (untuk orang tambah berat sahaja)
  2. mealshake hanya untuk kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk makan.
  3. mealshake untuk orang yang tak boleh telan pil/kapsul sahaja
List kat atas tu ialah antara misconception saya pasal mealshake ni. Seriously, saya ingat amek mealshake ni boleh buat badan naik ( saya kan sensetif bab-bab berat badan ni) so memang nekad la tak nak ambil..haha. 

Tapi memandangkan bulan ni promo beli 6 percuma 1 Mealshake ni sedang berlangsung, saya pun study apa yang best sangat pasal mealshake. Ye lah sampai ade promo-promo bagai pasal mealshake ni, lepas tu laju pulak orang order, mesti barang baik ni.

Study punyala study.baru tau kebaikan mealshakes yang sebenar....nie antara kebaikan mealshake.....

  1. Nutrisi Lengkap: mealshake, menyediakan 24 jenis vitamin, mineral dan zat perlu. Kekurangan zat perlu dalam tubuh boleh menyebabkan kadar serapan vitamin dan mineral dalam tubuh kita jadi kurang efisyen. 
  2. Membekal nutrisi kepada sel tubuh: sebab mealshake ni diperbuat dari bahan semulajadi dan kaya dengan protein ia membtu pembinaan sel-sel baru.
  3. Membantu tumbesaran: mengandungi asid folik, biotin, kaya dengan kalsium dan magnesium untuk membina tulang dan sel-sel untuk membantu proses tumbesaran ( sebab tu ia glamer untuk kanak-kanak)
  4. Anti-oksida: mengandungi vitamin A, C, E, zink, selenium yang merupakan agen anti-oksida yang bertindak melawan jangkitan dan melambatkan proses penuaan.
  5. Mengembalikan seri wajah: sebab ade vitamin B yang lengkap, zat besi dan copper yang cukup untuk membina sel-sel darah merah yang sihat, sekaligus memberi complexion wajah yang lebih cantik.
  6. Detoksifikasi: Kaya dengan serat larut untuk membantu membuang lemak berlebihan dan sisa-sisa buangan dari perut dan usus.
  7. Kelazatan rasanya: berperasa french vanilla, tidak mengandungi sebarang pewarna dan gula tiruan. 


Wah.....1 jar nie macam2 boley...suka2.....jom grab now....sekarang tengah ada promosi tau...jom...kita pakat share ngan jiran2,kawan2....buy 6 free 1...jimat tau.....1 jar nie tahan....rasa pun best...yummy...disukai ramai....

Jom pakat order....sebarang pertanyaan boley hubungi sy
Sms/wasap : 0139099354 (cepat dan mudah...hehe)

Dapatkan konsultasi free dri sy dah guide pengambilan suplement shaklee nie,.....sy dah jatuh cinta ngan shaklee....

Tuesday 20 May 2014

Kebaikan Vitamin C Shaklee

Kebaikan Vitamin C Sustained Release 500mg dari Shaklee

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....kali nie entri mengenai VITAMIN C SUSTAINED RELEASE.... vitamin c shaklee nie lain dari vitamin c lain tau......Sememangnya ia mendapat permintaan ramai... selain tu juga vitamin C Sustained juga telah mencetuskan satu Fenomena... menjadi Kegilaan ramai gitu...... vitamin c nie termasuk dalam set kecantikan....



                                                                  Rasa semulajadi...

Nak tahu tak ...Apa perbezaan Vitamin C Shaklee dengan keluaran produk lain.....

1. Setiap tablet vitamin c mengandungi 7.5 hidangan sebiji buah termasuk kulitnya...
2. Ujian Klinikal membuktikan Vitamin C di dalam 2 tablet Vitamin Shaklee ( didalam jurang masa 5 jam) mampu kekal di dalam plasma darah kita selama 24 jam.



Tubuh kita memerlukan pengambilan vitamin C setiap hari kerana sifat vitamin C yang mudah larut dalam air menyebabkan badan tidak boleh menyimpan vitamin C. Vitamin C hanya ada dalam darah manusia selama 12 jam dan dalam tempoh waktu tersebut Vitamin C 'bekerja' dengan sel-sel tubuh untuk meningkatkan keimunan dan juga meningkatkan fungsi-fungsi sel di bahagian tubuh yang lain.

Vitamin C amat diperlukan untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu-tisu tubuh anfa yang mana vitamin C membina kolagen iaitu protein penting yang  melindungi tulang rawan, tendon, ligamen dan saluran darah. Selain itu pengambilan harian vitamin  C yang cukup membantu menyegerakan proses penyembuhan luka-luka, membaiki dan memelihara struktur tulang dan gigi.

Berdasarkan banyak kajian yang telah dilakukan, tubuh kita memerlukan 500mg vitamin C setiap hari untuk untuk mencapai tahap kesihatan yang baik. Kita memerlukan vitamin C setiap hari kerana sel-sel tubuh manusia tidak mempunyai enzim guluno-lacton-oxidase yang diperlukan untuk menukar glukos kepada ikatan kimia 2-keto L-Guluno-lactone untuk hasilkan vitamin C. Tambahan vitamin c sering digunakan dan mudah rosak dalam tubuh. Oleh itu, Kita memerlukan vitamin c sama ada melalui makanan ataupun supplement.

Serba sedikit tentang keperluan vitamin c dalam tubuh kita.... vitamin c amat penting untuk tubuh kita...jom kita silau2 manfaat VITAMIN C SUSTAINED RELEASE SHAKLEE....




MANFAAT UTAMA : 

✿Membentuk Kolagen- Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan.

✿Memperbaiki Simptom Pendarahan -Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam dikulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar.

✿Peningkatan Sistem Imun  - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema. 

✿Memerangi kanser  - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dgn berkesan.

✿Mencantikkan Kulit  - Pengambilan Vitamin C hari akan membantu anda dapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukkan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

✿Memperbaiki Insomnia  - Ia memperbaiki insomnia, stress dan masalah mental seperti keresahan.

✿Mengekalkan kolestrol sihat  - ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.

Baru - baru nie saya ader terjupe sesuatu dari majalah wanita........



                                                    Petikan dari majalah wanita

Berminat nak dapatkan sebarang produk kesihatan SHAKLEE??....

Jom dapatkan konsultasi secara percuma...dan guide cara pegambilan yang betul..khas untuk customer saya SAHAJA.... :)

Sebarang pertanyaan boley hubungi sy di :
Sms/wasap : 0139099354
Email : syahirahzaid@gmail.com
Jom add fb sy : Syahirah Zaid

Terima kasih sudi mengunjungi blog sy...jumpa kali yew....


faedah ahli shaklee



Ramai yang bertanya
bagaimanakah cara untuk menjadi ahli?
Dan apakah faedahnya menjadi ahli nanti?

●Jika anda adalah customer saya
atau pun siapa-siapa sahaja yang mahu MENJANA PENDAPATAN 4-5-6 ANGKA
melalui Shaklee,di sini saya paparkan cara-caranya.

✔✔Bagaimana nak mendaftar sebagai ahli @ pengedar Shaklee

Anda boleh mendaftar dengan membuat pembayaran untuk registration yuran
sebanyak RM65 ataupun membuat pembelian melebihi 200 points (dalam
lingkungan RM650) untuk mendapat keahlian percuma. Anda cuma perlu
menghubungi saya (saya akan uruskan urusan pendaftaran) atau pergi
sendiri ke branch Shaklee dan mendaftar menggunakan ID saya 1099754
sebagai sponsor/upline.

✔✔Yuran keahlian Shaklee

Pendaftaran ialah RM65 (sekiranya anda pergi sendiri ke branch untuk
ambil member kit) dan tambahan RM10 untuk pos member kit sekiranya anda
mahu kit tersebut dipos kepada anda, atau dihantar melalui saya.
Jumlahnya ialah RM75 (jika anda tidak pergi ambil sendiri kit di
branch). ~untuk Semenanjung, jika Sabah/ Sarawak RM85~

✔✔ Maintain Poin dan Keahlian
Tak Perlu Maintain point dalam Shaklee Sekiranya cuma nak makan
sendiri, tak perlu maintain points, melainkan anda mahu memulakan
perniagaan dengan Shaklee, anda perlu dapatkan points tertentu dan
maintain points tertentu. Tapi kalau cuma makan sendiri, share dengan
saudara-mara, tak perlu risau nak maintain2 atau minimum purchase

✔✔Tak Wajib membuat pembelian setiap bulan untuk maintain keahlian? Benar, tak perlu maintain point atau wajib membuat ada pembelian.

✔✔Apa kelebihan menjadi ahli?

1.Boleh membeli produk dengan harga ahli dan mengumpul point anda sendiri.

2.Jika rajin berkongsi dengan point yang tertentu melayakkan kita menerima bonus dalam bentuk cash tanpa perlu ada downline. 3.Shaklee menawarkan Cash, Car (bonus kereta) dan FREE Convention (local dan International-Umrah bg Muslim).

✔✔Apakah kelebihan mendaftar dengan SAYA?

1.Jika anda berminat mahu menjana PENDAPATAN sehingga 5 ANGKA, anda
akan diberi access kedalam GROUP SECRET FB kami.Hanya ahli sahaja yang
dibenarkan masuk.

2.Anda akan diajar dari A-Z bagaimana untuk memulakan bisnes Shaklee.

3.Anda akan belajar CARA MARKETING ONLINE, RAHSIA MENJANA 4-5 ANGKA

Sebarang pertanyaan boley hubungi ira :

Sms /wasap : 0139099354
Email : syahirahzaid@gmail.com

Kebaikan dan faedah ESP

Jom Nikmati Kebaikan ESP !

Entri kali ini saya nak sharing mengenai kebaikan dan faedah Energizing Soy Protein ESP. Ramai yang bertanya apa itu ESP? Apakah kebaikan ESP?



Untuk info ESP adalah produk paling glamour dan hot product Shaklee. Ramai yang telah jatuh cinta pandang pertama apabila merasai ESP ni. Wah betulke? Atau saya yang terlebih-lebih mengagungkan ESP ini.

Apakah yang bagusnya ESP ni? Bagi mereka yang belum tahu, jemputlah baca entri ini sampai habis. Tak mengapa walaupun anda lambat utk mengetahui kebaikan ESP ni, orang putih kata better late than never. Betulkan?

Kenapa ramai jatuh cinta dengan ESP?
First,ESP adalah untuk semua. Tidak terhad pada ibu menyusu atau wanita yg ingin cantik sahaja. Remaja boleh ambil ESP, nenek, atuk malah orang lelaki juga boleh ambil ESP. One for ALL. Satu canister ESP boleh dirasai oleh semua isi rumah (kanak2 tidak digalakkan).

1 canister ESP = 850gmBoleh tahan 1-2 bulan penggunaan

Kenapa ESP penting?
ESP adalah serbuk protein berkualiti tinggi yang telah melalui kajian klinikal yang paling banyak. Ia mengandungi kacang soya non -GMO dan mengandungi 22 jenis asid amino, yg penting rendah lemak dan rendah kolestrol. Badan kita ni full of cells..kuku, kulit, otot2 dan lain2 yang mane semuanya berasal daripada protein. Jadi, secara ringkasnya,

SEL --> TISU --> ORGAN --> SISTEM --> BADAN ANDA 

Dan disebabkan itu, badan kita sangat memerlukan protein. Sebabnya makanan utama bagi sel ialah protein. Sel yang sihat dapat menghasilkan tubuh badan yang sihat. Jom kita intai risiko kekurangan protein...

Risiko kekurangan protein
★Anemia (kurang darah atau kurang oksigen dalam darah)
★Kidney disease (penyakit buah pinggang)
★Liver (penyakit hati)High Cholesterol (kolesterol tinggi)
★Low blood pressure (tekanan darah rendah)
★Low blood sugar (kandungan gula darah rendah)
★Nerve instability (Fungsi saraf tak stabil)
★Peptic ulcer (Ulser perut + usus)
★Poor wound healing (Luka ambat sembuh)
★Poor blood circulation (Pengaliran darah yang tidak lancar)
★Poor vision (Penglihatan kurang baik)
★Irritability (Badan menggeletar)
★Fatigue (Letih lesu)
★Weakness (Lemah)
★Water retention (Tinggi kandungan air dalam tisu badan)
★Prolonged period of time mental retardation (Terancat akal)
★Lack of resistance to infection (Ketahanan badan rendah terhadap jangkitan)

Apa faedah ESP?
Faedah ESP mmg banyak. Antaranya: 

Kekal Muda
Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.  

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi 
kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki
genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal
Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka dan menghilangkan  parut

Pemberi tenaga segera
Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi
Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori
Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Banyakkan faedah ESP nie..Jadi apa tunggu lagi?? Perkara yang baik tak elok kita tangguhkan. Jangan berlengah untuk merasai kebaikan ESP ini. Dapatkan ESP ini bukan untuk anda seorang sahaja tetapi untuk seisi keluarga! 1canister untuk 1 family...konform disukai......

Nak tahu Set ESP dengan vitamin lain? "Macam-macam ada!" oops silap. Itu tagline Astro. Untuk ESP taglinenya 'Macam-Macam Boleh!"

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
Sms/wasap : 013-9099354 (cepat dan mudah)
Email : syahirahzaid@gmail.com
Jom add fb ira : Syahirah Zaid

Ira akan guide semua customer2 yang purchase dengan Ira SAHAJA :)....Dan jangan risau, Ira akan guide dan ajar jugak cara2 makan yang betul set vitamin ni....jangan segan2 kalu nk bertanya........

Saturday 17 May 2014

Set kecantikan shaklee

Vitamin Shaklee untuk wajah cantik berseri

Hai assalamualaikum dan salam sejahtera pada semua pengunjung setia blog ira. Semoga ceria selalu dan wajah cantik berseri. Berseri ke? Siapa yang tak cantik berseri sila angkat tangan! Janga  segan2 yew....

Bila bercakap mengenai wajah cantik berseri ni pasti ramai yang mengimpikannya. Terutamanya untuk mommy mommy yang sentiasa ingin cantik, vourge dan anggun. Walaupun sudah beranak pinak tapi kecantikan luar dan dalam mesti dipelihara rapi. Bukan untuk siapa pon. Untuk suami kita juga kan? Betul tak? Kalau selekeh jer dan tidak pandai menjaga kecantikan suami pun segan dan mulalah mencari alasan untuk meminggirkan diri dari isteri.

Kulit yang cantik adalah impian setiap orang, lebih-lebih lagi kaum hawa. Kulit yang kusam, tak sekata, berjerawat dan pori-pori luas memang majoritinya akan melanda kita bila usia dianjak saban tahun. Untuk mengatasi masalah ini beralihlah kepada set kecantikan kulit Shaklee untuk wajah cantik berseri.
Apa yang ada dlm set kecantikan kulit Shaklee???

 Jom kita tengok...

                                                 B COMPLEX + VIT C + VIT E



Peranan Vitamin E dalam kecantikan kulit:

  • Menjaga kesegaran dan keremajaan kulit
  • Melindungi kulit dari sinar ultra-ungu
  • Menjaga kelembapan kulit
  • Menghapuskan radikal bebas yang merosakkan sel

Peranan Vitamin C dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai antioksidan kuat yang melindungi kulit daripada pencemaran udara dan sebagainya
  • Merangsang pembentukan dan peningkatan produksi kolagen kulit, yang akan menjaga kekenyalan, kelenturan, serta kehalusan kulit
  • Mencerahkan kulit

Peranan Vitamin B Complex dalam kecantikan kulit:

  • Sebagai pelembap
  • Mencegah pigmentasi
  • Melambatkan tanda penuaan
  • Mengubati jerawat

Kombinasi Vitamin E, B Complex dan Vitamin C menghasilkan:

  • Mengurangkan kedutan dan pembentukan garis-garis halus
  • Mencegah penuaan
  • Menjadikan kulit lebih kenyal
  • Mencerahkan kulit
  • Menjaga kulit dari sinaran UV
  • Mengurangkan parut jerawat
  • Menjadikan wajah bersinar dan bermaya
  • Menjadikan kulit wajah lebih cerah dan kemerahan
  • Menjadikan wajah lebih berseri
Kita bongkar rahsia artis kita.....siapakah ????


  
Dato siti nurhaliza mengamalkan B COMPLEX , VIT C DAN VIT E untuk kesihatannya

Apa kata mereka tentang set kecantikan nie....








Untuk kesan yang lebih cantik dan juga untuk masalah kulit tertentu, kita juga boleh mengambil ESP atau GLA Complex. Boleh hubungi saya untuk mengetahui produk apa yang sesuai untuk anda. Sila nyatakan terlebih dahulu masalah anda. InsyaAllah saya akan membantu anda.

Pertanyaan, konsultasi dan pesanan boleh hubungi saya di:
♥ sms/whatsApp: 013-9099354




Thursday 15 May 2014

Kebaikan Dan Keburukan Esp

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN ESP

Selalu dengar orang sebut ESP tapi tak sure sangat ESP tu apa? untuk apa? betul ke berkesan?

Okaylah...saya cuba terangkan seringkas yang mungkin ya.ESP adalah ENERGIZING SOY PROTEIN.

Sebab utama ESP tersangatla popular dan produk yang paling laris ialah.......kerana ESP membekalkan sumber protein. Semua tau kan badan kita perlukan sumber protein. Dalam pemakanan seharian kita sumber protein ada dalam ikan, ayam, daging. Tapi kenapa everyday makan lauk ayam tapi kerap juga tak sihat. Tak cukup ke? Haaa....untuk pengetahuan, ikan, ayam, daging tu kan kita masak dulu before makan. So bila dah masak, dah kena panas api, of course kandungan protein tu akan musnah dan yang tinggal.....tak cukup untuk badan kita yang kerja kadang-kadang more than 12 hours ni.

Tadaa....nie la rupa ESP.....


ESP.....yummy.....

Kalau tak cukup protein apa akan berlaku?

  • rasa lemah, lesu, tak bermaya..akhirnya menggeletar.
  • kolesterol tinggi, tekanan darah rendah..jadi pening.
  • punca ulser perut + ulser usus.
  • luka lambat sembuh akhirnya berparut.
  • ganggu penglihatan / lama kelamaan jadi kabur.
  • antibodi tak kuat. 
  • Bila kurang protein, badan tak boleh nak lawan penyakit yang datang. Kurang ketahanan.


Kalau cukup protein pula?
Macamana tau badan kita cukup protein?
Kemusykilan di situ. Jadi "always play safe" ambil ESP ini sebagai pelengkap. No harm at all.

KEBAIKAN ESP

★Untuk wanita yang ingin pregnant atau plan untuk pregnant :
ESP pulihara dan pelihara rahim kita.
★Untuk wanita yang sedang pregnant macam saya sekarang :
ESP kuatkan rahim kita dan bantu pembentukan otot bayi. Protein kan bagus untuk tumbesaran.
★Untuk wanita yang menyusu anak bertuah dan anak kesayangan :
ESP bantu banyakkan pengeluaran susu. Bila kita cukup protein, means kita cukup tenaga. Susu pun berkhasiat.
★Untuk sesiapa yang nak stabilkan hormon : ESP mengandungi kacang soya, yang kaya dengan isoflavon, ia bantu memulihkan hormon wanita. Keluarkan darah kotor dan gantikan protein yang diperlukan.
★Untuk sesiapa yang mahu kurus :
ESP buat kita rasa kenyang. Nafsu nak makan sokmo pun kurang.
★Untuk sesiapa yang ingin kekal sihat :
 ESP beri ketahanan badan dan pelengkap nutrient dalam badan kita. Bila semuanya cukup, haruslah boleh lawan penyakit yang datang, insyaAllah.
★Untuk sesiapa yang nak cantik :
ESP buat kulit kita anjal, jadi gebu dan lebih cerah. Nampak berseri gitu. Bila dah cantik, tak perlu la nak tepek makeup tebal-tebal kan. Natural Beauty you!
★Untuk sesiapa yang bercadang untuk puasa :
ESP bekalkan tenaga, jadi walaupun puasa kita tak rasa lemah. Laar dan dahaga tu biasa la, itu dugaan tuhan bagi sebagai ujian.




KEBURUKAN ESP SHAKLEE

Kesan negative nya berlaku bila kita beli tapi tak minum , tak amalkan, tak ikut arahan yang sepatutnya. Rugi nya...sedangkan mudah saja caranya. Bancuh 1 sudu besar dengan air kegemaran then siap untuk di minum. Maksima 1 hari 3 sudu besar jew.Bila semuanya tak, tak nampak hasil, kita jadi negative. Nak salahkan siapa...tak baik kan gitu.So sekarang ni kita dah tau kebaikan ESP Shaklee dan untuk siapa.

Kita dalam golongan yang mana ya? Kalau termasuk dalam golongan ingin mencuba....boleh saja.Tak memudaratkan pun.

Sekiranya anda berminat dan ingin dapatkan konsultasi percuma, bolehla hubungi saya :

Sms/wasap : 0139099354
Email : syahirahzaid@gmail.com




Tuesday 13 May 2014

Mealshake Nutrisi Untuk Si Manja

15 KEBAIKAN MEALSHAKE

Hari ni nak cerita sikit pasal mealshake shaklee. Eh, bukan sikit. Rasanya memang banyak entry saya pasal kebaikan mealshake untuk kanak-kanak ni.

Apa yang BEST SANGAT pasal mealshake shaklee. banyakkkkkkkkk sebenarnya khasiat mealshake shaklee untuk anak-anak. Al maklumlah, anak-anak zaman sekarang ni kebanyakkannya duduk kat nursery dan dah masuk taska dari kecil lagi. Jadi diorang ni mudah sangat terdedah dengan jangkitan penyakit yang berulang-ulang kali kena balik seperti deman,batuk dan selesema. Memang top 3 penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak

 tu jeeeeeee????...

Tak...Ada Lagi.

Ada yang tertanya-tanya ape tu MEALSHAKE....pil ke? Susu ke ? Sedap ke rase MEALSHAKE? Meh sini ira perkenalkan MEALSHAKE ni....


               Tadaa....nie la rupa MEALSHAKE.. dia serbuk...bancuh dalam susu anak atau                               minuman kegemaran...rasa pasti disukai ramai.... vanila gitu...yummy....

15 Kebaikan mealshake untuk kanak-kanak yang ibu patut tahu adalah:



  1. Kurangkan Ekzema
  2. Untuk Tumbesaran
  3. Untuk Perkembangan Minda
  4. Untuk Tingkatkan Selera Makan anak
  5. Untuk Anak yang dah berhenti susu ibu
  6. Untuk Anak kekal aktif
  7. Sebagai perlindungan jangkitan penyakit kepada anak-anak
  8. Meningkatkan berat badan anak
  9. Membantu anak fokus
  10. Membantu kurangkan kekerapan asthma
  11. Mengatasi masalah sembelit pada anak
  12. Supplement yang sesuai untuk anak yang menghadapi masalah diabetes tahap 1
  13. Membantu menurunkan berat badan anak yang obesiti
  14. Ambil semasa sarapan meningkatkan kecergasan seawal pagi
  15. Supplement yang sangat mudah disediakan, boleh dicampurkan ke dalam bijirin atau susu
Banyaknye kebaikan MEALSHAKE....Berapa harga Mealshake Shaklee ni?.. Rm 113 je untuk satu tin mealshake seberat 455gm.. Mahal sangat ke?...Mehhhh..nak cerita sikit...

Aturan makan mealshake Untuk kanak-kanak sehari bagi satu sudu kecik je. 
Untuk budak umur 1- 3 tahun setengah sudu kecik jew....

JADI SANGAT MENJIMATKAN WANG ANDA.!!!!!

Mana nak?..Laburkan duit tiap-tiap bulan kat klinik..Tengok anak nangis-nangis makan ubat setiap kali. Lepas makan ubat lembik tidur je sepanjang hari. Sebab ubat tu ada dadah jadi anak  tidur disebabkan dadah..kesian tauuuu.

Bayangkan pulak tetiap bulan jatuh sakit. Macamana berat badan anak nak naik kan?. Selera makan pun terbantut je. Tambah pulak anak-anak kita ni tengah seronok bermain sesuka hati diorang jadi mereka tak peduli sangat soal kebersihan. Tak sedar tangan kotor termasuk dalam mulut, tak basuh tangan. Kesat-kesat je kat baju. Anak-anak nie tak kisah pun kawan-kawan dia tengah selesema, batuk kung-kung bunyinye..elok je diorang main sama-sama. Tau-tau lepas dua hari  dah demam berjangkit dengan kawan. Mak bapak pun terpaksa ambil cuti jaga anak. Kan best kalau cuti tu kita dapat jimatkan bawak anak pegi bercuti, buat aktiviti bersama dengan anak-anak. Anak-anak pun seronok, kurang stress, dan tak bosan.

Memang korang MENYESAL nanti kalu dah AMBIL MEALSHAKE untuk anak anda.....
MENYESAL sebab lambat kenal ngan MEALSHAKE SHAKLEE nie....

Para ibu dan ayah...x rugi sebenarnye korang labur sedikit wang untuk si manja anda....untuk nutrisi mereka yang sedang membesar....

                                           Penangan MEALSHAKE.......Anak menyukai...

Jom kita lihat...apa kata mereka tentang MEALSHAKE ni.....




                                       Rita rudaini pun dah jatuh cinta ngan MEALSHAKE


Sebarang pertanyaan boley hubungi ira
Dapatkan konsultasi percuma dari ira dan guide pengambilan yang betul...

Sms/wasap : 0139099354

Terima kasih yang sudi baca entry ira kali nie....

Saturday 10 May 2014

Apa Itu Shaklee

JOM KENALI SHAKLEE



SHAKLEE......

♡ Selamat
♡ Berkesan
♡ Semulajadi



So korang jangan risau ada effect ape2 ye....Shaklee selamat...100% semulajadi...dan kami sebagai pengedar sah Shaklee akan suggest supplement mane yg better untuk masalah korang....



TIDAK pada Shaklee

    TIDAK Mengandungi Paraben
    TIDAK Mengandungi Triklosan
    TIDAK Mengandungi Phthalates
    TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauril Sulfat (SLS)
    TIDAK Mengandungi Sodium Natrium Lauryl Eter Sulfat (SLES)
    TIDAK Mengandungi 1,4 Dioksana
    TIDAK Mengandungi Glikol
    TIDAK Mengandungi Bahan-bahan Cucian Organik yang ”Volatile”
    TIDAK Mengandungi Asid Hidroklorik
    TIDAK Mengandungi Ammonia
    TIDAK Mengandungi Sodium Hidroksida
    TIDAK Mengandungi Butyl Cellosolve
    TIDAK Mengandungi Formaldehyde
    TIDAK Mengandungi Bisfenol-A
    TIDAK Mengandungi Petroleum Distillates
    TIDAK Mengandungi Toulene
    TIDAK Mengandungi Peluntur Warna
    TIDAK Mengandungi Bahan Perisa
    TIDAK Mengandungi Pewarna
    TIDAK Mengandungi Lemak Trans
    TIDAK Mengandungi Pemanis Tiruan
    TIDAK Mengandungi Dakwat Toksin
    TIDAK Mengandungi Bahan-bahan terlarang

Boley layari www.shaklee.com.my untuk info lebin lanjut...

Kompen korang akan menyesal nanti.....

MENYESAL SEBELUM NIE TIDAK KENAL SHAKLEE...
MENYESAL LAMBAT KENAL SHAKLEE......

Serba sedikit tentang shaklee...so korang xpayah ragu2 dah ngan shaklee nie.....

Sebarang pertanyaan korang boley hubungi ira
Sms/wasap : 0139099354